Kucing Kat Sini!

 

Perhatikan kawasan yang dibulatkan tu hehehe!

FACEBOOK : hack facebook dengan keylogger

Salam,

Tentu ramai yang ingin jadi hacker,sebenarnya untuk mencapai tahap itu anda perlulah belajar terlebih dahulu cara-cara untuk menjadi seorang HACKER.Sebelum korang nak jadi seorang hacker,korang kenalah tahu apa definisi hacker itu sendiri.Seorang rakan saya ada memberi penerangan apa makna hacker dan cracker didalam blog beliau.Sebelum aku buka rahsia tentang macam mana nak hack facebook dan sebagainya,korang kena tau definisi hacker terlebih dahulu! korang klik sini untuk tahu apa itu hacker dan cracker.

Hmm dah tahukan maksudnya?

Software yang aku maksudkan ini adalah dikenali sebagai “keylogger” fungsinya adalah untuk memantau segala aktivi dalam laptop/pc anda,kelebihan keylogger ini adalah seperti berikut

  • View activity log- jika korang nak memantau apa yang “orang luar” buat pada laptop/pc korang bolehlah klick pada menu tersebut,segala activiti akan dirakamkan dalam software ini.
  • View keystroke log- part ni paling best,segala password dan telah digunakan guna untuk masuk kehalaman web tertentu boleh dilihat dengan jelas jika anda menekan pada menu tersebut.
  • View screen log- Kegunaanya adalah untuk melihat segala website yang telah dilayari oleh pengguna laptop/pc korang boleh dilihat satu persatu.Jika mereka cuba mencuri maklumat/file korang,korang ada bukti kukuh untuk sekeh kepala nya,sebab menu ni siap dengan screenshort lagi,makna tak boleh lari he3..
PERINGATAN!!!
Aku guna software keylogger ni adalah untuk memantau pengguna laptop aku dan jika korang ada anak,korang bolehlah gunakan software ni,sebab jika anak/adik/sepupu/pekerja dan sesiapa sahaja yang korang kenali melayari website yang bukan-bukan,maka dia akan tertangkap he3…hahaha….smart kan!
Disini aku ada tunjukan rupa benda tu setelah di download dan di instal dalam laptop korang….sabar…sabar…sabar…jangan gopoh aku akan bagi link untuk download software tu diakhir tutorial ni.
  1. Setelah korang download software tersebut (telah di Zipkan)korang mestilah extract dulu file tersebut dengan cara klik kanan dan cari tulisan extrct file dan klik kat extract file.
  2. Bila sudah klik maka file tadi akan terpisah dari sarang dalam bentuk folder.
  3. Cari folder yang terpisah tadi dan klik untuk untuk install dan ikut arahan selanjutnya.
  4. Apabila sudah instal,korang kena masukan password korang(kali pertama) untuk membuka software yang sudah diinstall tadi.
Apabila sudah install software tersebut korang tak dapat tengok kerana tersorok,untuk membuat software tersebut muncul korang kena tekan ctrl  alt  shift  y serentak.apabila korang sudah tekan maka screen tersebut muncul dan korang masukan password korang mula-mula tadi.
Skrin kelihatan begini setelah korang masukan password.
Keylogger ChildSafe
So sekarang bila dah muncul,nampak tak bahagian ada tiga petak atas tu? disitulah korang nak tengok activiti/password/dan laman web yang telah dilayari oleh pengguna laptop korang!
Untuk sembunyikan screen terbabit setelah digunakan tekan “strat logging” sila tengok panel diatas,maka panel tersebut akan hilang.
Untuk munculkan panel semula ikut langkah tadi ctrl alt shift  y 
Selepas tu korang cuba login facebook korang lepas tu korang cuba software ni dan tengok segala password korang terakam hehehehe….
Ingat jangan salah guna software ni,aku tak bertangung jawab jika korang salah guna,aku guna untuk tujuan kebaikan sahaja.
Harap maklum.
                                                    DOWNLOAD SINI YER!

Panduan makan di hotel

Japaneese Restaurant Shang Ri La Kuala Lumpur

Makan di hotel? tentu anda membayangkan makanan yang sedap,mahal,serta tempat yang cantik.Memang tidak dinafikan makanan dihotel memang sedap kerana pihak hotel memang menjaga food quality yang dihidangkan namun ada juga yang hanya gah dimata hakikatnya makanan yang dihidangkan tidak menepati selera anda.

Di Kuala Lumpur memang terdapat beratus hotel terdiri dari berbagai bintang.Kebanyakan dikelasifikasikan bermula dari 6,5,4,3,2 bintang.Star rating ini dikelaskan mengikut bilik,restauran,serta kemudahan yang terdapat untuk tetamu yang hadir dan star rating ini diberikan oleh Kementerian Pelancong dimana setiap tahun mereka akan datang memeriksa kesemua pelusuk hotel untuk dinilai kembali.Makin banyak bintang maka makin tinggilah taraf sesebuah hotel itu.

Baiklah disini saya nak berkongsi sedikit tentang adap makan dihotel.

  1. Pastikan anda membuat booking terlebih dahulu untuk memastikan meja anda telah disediakan,sekiranya ramai pelanggan yang hadir.
  2. Nyatakan berapa orang yang akan hadir jumlah dewasa serta kanak-kanak jika ada,untuk kanak-kanak anda boleh meminta baby chair,ini untuk memudahkan pihak hotel menyediakan untuk anda,kerana baby chair adalah terhad.
  3. Semasa membuat tempahan pastikan anda nyatakan sama ada anda mahu makan buffet atau ala carte.(ala carte adalah menu terdapat di hotel,contoh nasi goreng,stik dan sebagainya)
  4. Jika anda seorang perokok maka mintalah smoking area.Kebanyakan hotel menyediakan ruangan untuk merokok.
  5. Sila nyatakan jam berapa akan hadir,kebiasan pihak hotel akan menalipon anda jika anda tidak sampai dalam masa 15minit.Ini untuk mengelakan pihak hotel rugi jika meja yang anda sudah tempah kosong.

Ala Carte

Ala Carte adalah menu yang disedikan oleh pihak hotel untuk tetamu,jika anda memilih ala-carte maka anda perlulah melihat muka surat yang pertama terlebih dahulu.Muka surat pertama biasanya untuk starter(pembuka selera terdiri dari salad) dan soup(diminum selepas anda makan starter)Jika anda tidak mahu anda bolehlah terus memesan main course(nasi goreng,stik,mee dan sebagainya).Desert atau pencuci mulut adalah makanan terakhir dihidangkan bersama coffee jika anda memesan semasa permulaan tadi.

Jika anda memesan starter,soup serta main course,makan ini akan dihidangkan mengikut giliran.

Buffet

Buffet adalah makanan yang terdapat dimeja buffet.Di meja buffet ada terdapat starter,soup,main course serta desert.Mulalah dengan starter terlebih dahulu,kemudian diikuti dengan soup,main course dan yang terakhir dessert dan coffee/tea.

Perkara yang perlu dielakan

  • Apabila anda makan buffet,elakan mengambil kesemua makanan sekaligus,sebaliknya ikut langkah seperti dinyatakan diatas.
  • Jika anda ingin meminta atau memanggil pelayan elakan suit(memanggil dengan bersuit/bersiul)sebaliknya lambaikan tangan atau memang dengan panggil waiter atau bahasa yang lebih sopan.Menjadi kepantangan seorang pelayan apabila dipanggil dengan bersuit.
  • Jangan ketawa dengan kuat atau mengilai.Perbuatan ini akan menganggu tetamu lain yang sedang makan.
  • Jangan memakai selipar dan seluar pendek semasa anda makan dihotel,kerana anda akan kelihatan pelik serta dianggap tidak sopan.
  • Jangan berlagak dan sombong dengan pelayan serta memarahi dengan kuat jika ada kesilapan sila panggil mereka atau segera bercakap dengan supervisor atau manager bertugas.Insyallah setiap masalah anda akan diatasi sebaik mungkin.
Perkara yang perlu anda buat
  • Jika anda tidak fasih berbahasa Inggeris,bercakaplah dalam bahasa Melayu,kerana tiada siapa yang akan mentertawakan anda.Pelayan berbangsa melayu sebenarnya lebih selesa jika anda berbahasa melayu dengan sopan.
  • Anda juga digalakan beramah mesra dengan pelayan,kerana mereka akan memberi extra service jika anda bersikap peramah.
  • Jika anda sudah makan sebaliknya rapatkan sudu serta garpu dipinggan anda,ini menandakan anda sudah habis dan pelayan boleh mengambil pinggan anda serta membersihkan meja anda.
  • Ucapkan terima kasih jika setiap servis yang diberikan oleh pelayan kepada anda.
  • Duit tip,sebenarnya terpulang kepada anda,sebaliknya jika ada baki duit syiling maka berikankanlah kepada pelayan tanda anda menghargai mereka. 

Anda sudah tahukan adap untuk berkunjung kehotel,amalkanlah tip-tip diatas insyallah anda dipandang tinggi serta berbudi bahasa.

 Man Kuchai: 17tahun dalam bidang ni,macam-macam kerenah dah alami!

Login Facebook Dapat RM 100(haram!)

Salam,

Saya seringkali melihat rakan-rakan di facebook ditag dengan promosi”Log-in facebook dapat rm100.00″kalau kita yang tipis iman ni tentu tertarik dengan promosi ini,siapa tidak mahu setiap kali buka facebook dapat duit,adakah ini benar atau simbolik sahaja? Read more of this post

ROKOK OH ROKOK!

Rokok oh rokok kenapa selalu naik harga nie?

Jawab rokok:

cam mana aku tak naik korang makin kuat hisap aku!!!

Entri aku tengahari bukan nak cerita pasal bagus hisap rokok,aku nak cerita betapa peritnya harga rokok yang setiap tahun naik.
Bermula bulan 1hb Jun semua pengeluar rokok wajib menjual rokok isinya 20btg sahaja,manakala yang 14btg diharamkan terus berada dipasaran..
Wuhaaa..perit beb!..baru terasa perit bila nak beli…dulu 14batang berharga rm.6.90 pun dah terasa..inikan pula rm 9.30 untuk 20batang.Bijak pemerintah kita!
Apa kata perokok tegar:
“Harga rm 20 puluh sekotak pun aku tetap beli” 
Aku jawab “yer ker…aku rm 9.30 pun perit dan tercirit rasa,kalau rm 20 sekotak alamat  nya aku kena hisap rokok daun kosong la jawab nya.
Dari dailog diatas ada dua minded perokok tegar,yang mula-mula tu walaupun harga mahal tetap beli…yang kedua(aku la tu)akan hisap rokok juga walaupun dah tahu harga rokok tak cantik.

Persoalan aku sekarang adakah dengan menaikan harga rokok…perokok tegar tu boleh berhenti?
dalam 100 orang hanya 2,3 orang jer yang insaf kejap pas tu hisap balik  hahahahaha…
Kata seorang kawan,
“korang aper susah hati ni,tak yah la hisap dunhill mahal beb,korang beli jer rokok seludup kat kedai si anu tu yang 20btg rega rm.3.00 jer,ok gak rasa tak pahit sangat,mula-mula memang la dah lama ok nyer..save banyak tu”
Aku jawab “meh try rokok tu sebatang kalau ok aku akan hisap rokok tu la”
Disini kita dapat bayangkan rokok seludup akan laku dan dapat permintaan yang menggalakan…dalam masa yang sama pemerintah rugi kerana rokok seludup tidak bercukai.
Siapa yang rugi dalam hal ini perokok atau pemerintah? 
LU PIKIR LA SENDIRI!!!!
Dapatkan cerita terbaru menyelusuri lorong hitam! KLIK DISINI
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 213 other followers