
Maal Hijrah adalah tahun baru bagi umat islam,walaupun tidak disambut secara besaran-besaran,namun di Malaysia ini masih ada lagi program yang dibuat dimasjid,surau diseluruh Malaysia.
Penulis bukan hendak memberi ceramah panjang lebar tentang Maal Hijrah ini,tetapi hanya mahu kita sama-sama menghayati apa itu hijrah dalam konteks zaman sekarang,sejauh mana kita faham akan maknanya.
Bila sebut sahaja Maal Hijrah tentulah ianya berkait rapat dengan penghijrahan.Apa kaitan diri kita dengan makna hijrah dalam erti kata sebenar?
Bagi penulis sebelum kita berhijrah dari yang lebih besar,kita hijrahkan dahulu diri kita,kalau dulu solat kita tidak cukup 5 kali sehari,nah sekarang cukupkan 5 kali sehari,kalau dulu kita tidak pernah sembahyang sunat,kali ini kita tunaikan solat sunat,kalau dulu kita sering bergaduh dengan isteri,kali ini kita sentiasa bersangka baik pada suami/isteri mudah bukan. Read more of this post
Like this:
Be the first to like this post.
Recent Comments