Catatan seorang bapa

image

Selamat hari bapa kepada bapa- bapa yg ada di Malaysia.Mungkin saat ni ada bapa yang sibuk meraikan bersama keluarga dan mungkin ada juga bapa yang tidak meraikan dan keseorangan.

Hari bapa memang kurang diraikan namun insan yang bergelar bapa tidak rasa apa-apa kerana bagi seorang bapa cukuplah jika anak-anak dan isteri mereka gembira.

Walaupun seorang bapa kelihatan tidak mengendahkan serta bersikap garang pada anak-anak namun jauh dari sudut hati seorang bapa mereka sangat perihatin.Jika ada apa pertanyaan mesti bapa akan bertanyakan kepada si ibu perihal anak-anak.

Seorang bapa memang jarang menunjukan kasih sayang dihadapan anak-anak, seolah-olah bapa memang sukar didekati,namun dalam hati seorang bapa mereka inginkan anak-anak bertegur sapa,memeluk,mencium seperti yang di lakukan kepada ibu.

Anak anak yang sudah dewasa cuba selami hati seorang bapa,hati seorang bapa juga ada kelembutan tapi jauh didalam,jika tak berusaha mencapainya ianya tidak akan ditemui sampai bila-bila…

Akhir kata selamat hari bapa untuk bapa-bapa diseluruh dunia..

Adakah Boss menghargai anda?

Dalam alam pekerjaan tentunya ada banyak permasalahan antara pekerja dengan ketua atau lebih tepat “boss”.Setiap syarikat mempunyai ketua masing-masing yang diberi amanah untuk menjaga perjalanan syarikat supaya berdaya maju dan memberi keuntungan.

Bila sebut sahaja ketua atau boss tentu anda ada pengalaman pahit dan manis bila melayani karenah ketua masing-masing.Ada boss yang memang betul-betul berupaya menjadi ketua yang baik dan ada juga boss yang kurang pengalaman dan pengetahuan terhadap kerjanya,yang menghairankan macam mana boss itu mendapat jawatan tersebut. Read more of this post

Maafkan Babah!

Salam,

Jam dah menunjukan 3 pagi 7/11/2010,baru habis buat blogwalking kesemua blog blogger yang pernah singgah disini…macam-macam info,cerita,tutorial dapat hari ni,minggu yang memenatkan,dalam minggu ni isnin hingga sabtu jarang sangat dapat duduk lama-lama depan laptop,bukannya apa badan penat maka otak pun tak dapat berfungsi dengan baik,jadi nak menulis entri pun terbantut,idea ada tapi bila jari ni mula menekan keyboard,otak jadi blank…ambil rokok sebatang..tarik asap dalam-dalam pun tak mampu nak kembalikan kesegaran otak..tipu lah hisap rokok boleh dapat idea untuk menulis, makin jammed adalah..yang sebenarnya kena cukup tidur baru otak akan fresh semula. :) Read more of this post

Raya dan perasaan

gambar hiasan

Bila menjelang lagi sehari dua nak raya,aku pasti teringatkan zaman kanak-kanak,masa itu memang cukup indah,sebab mak aku dah siapkan semua,dari baju melayu,baju untuk selepas sholat raya,kasut, pendek kata serba serbi lengkap.

Masa aku kecik-kecik dahulu tak pernah pun aku rasa betapa susahnya,mak aku mencari wang untuk membeli segala kelengkapan untuk menyambut hari raya,apa yang aku tahu semua dah disediakan,langsung tak pernah terlintas difikiran betapa susah mak aku menyiapkan segala kelengkapan. Read more of this post

Ramadhan:Teringatkan IBU!

Salam,

Bermulalah 1 Ramadhan hari ini,syukurlah kita dapat menikmati Ramadhan lagi pada tahun ini…maka bermula lah bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat islam seluruh dunia.

Teringatkan ibu dikampung! Read more of this post

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 213 other followers