Bersyukurlah kita masih merasa nikmat itu…

gambar hak milik http://mankuchai.com

Bersyukur dengan apa yang kita ada,kita masih boleh tidur nyenyak dan tidur ditilam yang empuk…tapi mereka? Sedikit pun tidak mengeluh malah selesa dengan apa yang ada….

Sekadar renungan untuk kita bersama!

Catatan Hari Ibu

gambar hiasan

Kasih ibu membawa ke syurga,begitulah ungkapan yang sering kita dengar.Setiap kali sambutan hari ibu berlangsung kita juga tidak terlepas dari mengingati ibu kita,tidak kiralah cara bagaimana kita mengingatinya yang penting kasih terhadap ibu sentiasa tersemat dijiwa dan berpanjangan…insyallah mudah-mudahan hendaknya.

Berbagai kisah suka dan duka diantara ibu dan anak,ada yang berakhir dengan gembira dan ada juga yang berakhir dengan seribu kekecewaan.Jika ianya berakhir dengan kegembiraan maka berkatlah hidup kita,jika sebaliknya menyesal hingga keakhir hayat hidup.

Kebanyakan dari kita baik lelaki maupun wanita.Sejak dari kecil kita memang rapat dengan  ibu,lebih-lebih lagi bila kita sakit,rasa takut,rasa sedih rasa gembira malah apa saja rasa yang ada pada diri kita,kita akan mengadu pada ibu.Mungkin inilah “kuasa ajaib” yang dimiliki oleh kaum ibu dan tidak ada pada seorang lelaki,biarpun ada juga bapa yang menjadi “ibu” kepada anak-anak namun”kuasa ajaib” itu tidak sama.

Hati kita meruntum sayu bila terbaca diakhbar,seorang anak membunuh ibu,menyepak,memukul malah ada yang lebih parah dari itu.Ada juga ibu disaman,dihina,diejek,dicerca hanya kerana masalah yang kecil,kita yang waras ini tentu tidak tergamak berbuat demikian.Biarlah Allah menghukum mereka!.

“Hargailah setiap senyuman manis ibumu, hargailah setiap titis darah ibumu yg mengalir semasa melahirkanmu, hargailah setiap urat ibumu yg putus semasa bergelut dipanggil syahid Allah,kita akan kosong tanpa dia, maka aku sebagai sahabatmu..sentiasa inginkan kita bersama menjadi anak yg soleh dan solehah..” – as.syahida

Nota Kaki : lebih menyedihkan ada ibu yang tidak mahu meraikan bersama anak!

Adakah kita bersyukur?

 

Salam,

Hari khamis yang lalu,sewaktu hujan yang sangat lebat melanda Kuala Lumpur,hujan mula turun kira-kira jam 6.00 pagi hingga ke tengahari.

Seperti biasa jalan di Kuala Lumpur akan sesak serta kereta akan bergerak perlahan dijalanan,untuk kedestinasi masing-masing.

Fenomena ini biasa berlaku apabila waktu hujan,kepada yang berkereta mungkin tiada masalah cuma agak bosan dengan kenderaan yang bergerak perlahan.

Bagi penunggang motosikal tiada pilihan lain terpaksa singgah dibawah jambatan atau dimana mana sahaja kawasan yang tidak ditimpa hujan untuk berteduh. Read more of this post

Jumaat yang berlainan..

Salam Jumaat,

Sebelum saya bersholat Jumaat tadi cuaca agak mendung dan ada sedikit rintik hujan, namun saya teruskan juga perjalanan ke masjid,apabila kaki saya jejak sahaja dipintu masjid,hujan turun selebatnya,syukurlah ini rahmat dari Allah pada hari Jumaat,saya mengambil wuduk dalam keadaan hujan lebat,syukurlah pihak masjid ada memasang khemah ditempat mengambil wuduk. Read more of this post

Begitulah jika sudah diberi hidayah!

Salam,

Sejuk hati bila melihat penyanyi kesukaan saya diberi  petunjuk oleh Allah.Siapa tak kenal Amy Search, boleh dikatakan lagenda rock negara yang sudah mengabdikan diri dalam muzik rock berpuluh tahun lamanya. Read more of this post

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 213 other followers