Israk dan Mikraj : apa yang best?

Salam untuk pembaca sekalian!

Tanggal 27rejab adalah hari terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj,sudah pastinya ditunggu tunggu oleh ramai orang terutamanya yang benar-benar faham tentang apa itu Israk dan Mikraj.

Secara ringkasnya Israk bermaksud perjalanan dan Miraj bermaksud perjalanan ke Sidratul Muntaha.

Semua sudah maklum akan peristiwa ini,kerana perkara yang sama akan diceritakan oleh para ustaz di masjid.Bayangkan usia aku kini 37 tahun,setiap tahun sudah hafal jalan ceritanya.

Agak sombong kenyataan aku kali ini…tetapi jangan salah faham,tujuan aku sebenarnya bukan untuk memperlekehkan peristiwa tersebut.,tetapi aku nak bercerita APA YANG BEST tentang peristiwa ini apabila kita mendengar nya saban tahun.

Semasa aku dikampung dulu,setiap tahun akan ada ustaz jemputan yang akan berceramah di masjid.Sudah tentunya  cara cerita mereka berbeza tetapi jalan ceritanya tetap sama.

Aku masih ingat ada seorang ustaz ni..punyalah syok dia bercerita sampaikan jam dah 12 malam dia masih lagi diperingkat dimana Rasullullah (S.A.W) sedang dalam perjalanan ke Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa(israk)pada masa itu Rasullullah melihat sekumpulan manusia yang dipotong lidah,menghempas batu dikepala sendiri dan bermacam-macam lagi,cara beliau gambarkan memang timbul rasa gerun dihati, ustaz ni dia memang pandai bermain dengan emosi.

Setiap perjalanan Rasullullah tu dia akan kaitkan dengan kehidupan kita seharian,banyak jemaah terkena dan terkesan dihati,ada yang tertunduk malu,ada yang tersengih- sengih malu sebab terkena batang hidung sendiri.

Peristiwa Israk dan Mikraj ni jika kita hayati betul-betul memang memberikan kesan yang mendalam keatas diri seseorang.Bayangkan betapa beruntung nya kita pada hari ini,tak payah bersolat setiap waktu kerana Rasullullah dengan tebal muka mengadap Allah meminta dikurangkan jumlah beribadat,kerana beliau tahu umat nya nanti tidak mampu beribadat sepanjang masa

Tetapi kita pada hari ini dengan tidak rasa bersalah sedikit pun, meninggalkan solat begitu sahaja..subhanallah! renungkanlah..

Setiap tahun aku memang menantikan ceramah Israk dan Mikraj dari ustaz,cuma tahun ini aku tidak dapat hadir kerana ada beberapa perkara yang aku terpaksa lakukan.,(urusan dunia yang tak habis-habis..)

Tetapi aku percaya walaupun saban tahun cerita yang sama.,tetapi setiap jalan cerita tetap ada pengajaran yang terkesan dihati..itulah yang bestnya pengajaran dari peristiwa Israk dan Mikraj.

Selawat keatas nabi!

Ini abang ngah bukan abang long!!!

image

Ini Abg Ngah bukan Abg Long : gambar hak milik mankuchai.com

Dailog yang menjadi kontroversi dari filem terbaru arahan Shamsul Yusuf menjadi hangat dimedia cetak.

Dikatakan dailog dalam filem tersebut menyentuh sensitiviti pertubuhan PEKIDA.Pihak terbabit meminta SKOP PRODUCTION meminta maaf dalam masa 7hari kalau tidak kes ini dibawa ke Parlimen. Read more of this post

Bye-Bye P1 Wi-Max

gambar : mankuchai.com

“Bang… abg pakai internet line aper?

“Abg duduk kawasan mana?”

Sambil tu dia bawak aku tengok PC untuk tengok coverage P1 .Setelah dia masukan alamat rumah dan klik,dapatlah aku tengok “kawasan hijau” bermakna ada coverage P1 di kawasan rumah aku.Lepas tu promoter mula offer aku package yang ada.

Setelah penat dia yakinkan aku untuk ambik package yang mahal,akhirnya aku memilih package yang paling murah iaitu rm 49 sebulan(sebab aku nak cuba dulu)

Balik ke rumah,aku terus pasang modem tu dan cuba cari signal untuk P1,ternyata hampa,dalam hati aku mungkin pihak P1 belum lagi on kan line aku.Mengikut kata jurujual tu dalam masa 1 atau 2 jam aku dah boleh online. Read more of this post

Penjual Pisang Goreng

gambar hiasan

 

Teringat satu hadis berbunyi “9/10 rezeki adalah dari perniagaan”

Setelah penat berjalan,penulis singgah disebuah gerai menjual goreng pisang.Sambil memerhati tuan punya gerai yang tidak berhenti-henti melayan pelanggan,lalu penulis pun memesan sepiring goreng pisang berharga RM 1.00 dan segelas air untuk menghilangkan dahaga. Read more of this post

Biar assam lebih jangan kurang assam!

rupabentuk pokok assam gelugur

 

Semasa pulang ke kampung sempena cuti hari Krismas tempohari, sempat juga penulis berjalan-jalan dibelakang rumah sambil mencari buah limau nipis untuk dibuat air,sedang asyik mencari, terjumpa pula sebatang pokok assam gelugur, yang sebenarnya pokok tersebut sudah lama berada disitu cuma,penulis tidak pernah hiraukan sebelum ini. Read more of this post

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 213 other followers