Israk dan Mikraj : apa yang best?
June 27, 2011 10 Comments
Salam untuk pembaca sekalian!
Tanggal 27rejab adalah hari terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj,sudah pastinya ditunggu tunggu oleh ramai orang terutamanya yang benar-benar faham tentang apa itu Israk dan Mikraj.
Secara ringkasnya Israk bermaksud perjalanan dan Miraj bermaksud perjalanan ke Sidratul Muntaha.
Semua sudah maklum akan peristiwa ini,kerana perkara yang sama akan diceritakan oleh para ustaz di masjid.Bayangkan usia aku kini 37 tahun,setiap tahun sudah hafal jalan ceritanya.
Agak sombong kenyataan aku kali ini…tetapi jangan salah faham,tujuan aku sebenarnya bukan untuk memperlekehkan peristiwa tersebut.,tetapi aku nak bercerita APA YANG BEST tentang peristiwa ini apabila kita mendengar nya saban tahun.
Semasa aku dikampung dulu,setiap tahun akan ada ustaz jemputan yang akan berceramah di masjid.Sudah tentunya cara cerita mereka berbeza tetapi jalan ceritanya tetap sama.
Aku masih ingat ada seorang ustaz ni..punyalah syok dia bercerita sampaikan jam dah 12 malam dia masih lagi diperingkat dimana Rasullullah (S.A.W) sedang dalam perjalanan ke Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa(israk)pada masa itu Rasullullah melihat sekumpulan manusia yang dipotong lidah,menghempas batu dikepala sendiri dan bermacam-macam lagi,cara beliau gambarkan memang timbul rasa gerun dihati, ustaz ni dia memang pandai bermain dengan emosi.
Setiap perjalanan Rasullullah tu dia akan kaitkan dengan kehidupan kita seharian,banyak jemaah terkena dan terkesan dihati,ada yang tertunduk malu,ada yang tersengih- sengih malu sebab terkena batang hidung sendiri.
Peristiwa Israk dan Mikraj ni jika kita hayati betul-betul memang memberikan kesan yang mendalam keatas diri seseorang.Bayangkan betapa beruntung nya kita pada hari ini,tak payah bersolat setiap waktu kerana Rasullullah dengan tebal muka mengadap Allah meminta dikurangkan jumlah beribadat,kerana beliau tahu umat nya nanti tidak mampu beribadat sepanjang masa
Tetapi kita pada hari ini dengan tidak rasa bersalah sedikit pun, meninggalkan solat begitu sahaja..subhanallah! renungkanlah..
Setiap tahun aku memang menantikan ceramah Israk dan Mikraj dari ustaz,cuma tahun ini aku tidak dapat hadir kerana ada beberapa perkara yang aku terpaksa lakukan.,(urusan dunia yang tak habis-habis..)
Tetapi aku percaya walaupun saban tahun cerita yang sama.,tetapi setiap jalan cerita tetap ada pengajaran yang terkesan dihati..itulah yang bestnya pengajaran dari peristiwa Israk dan Mikraj.
Selawat keatas nabi!




betul bang.kita ni kadang2 tanpa sedar dah semacam tak menghargai pengorbanan rasulullah.betapa mulia hati baginda tak mahu kita susah sebab kena solat lima waktu.9kali merayu mintak kurang.semata-mata sayangkan umat dia.moga entri ni sedarkan kita
Insyallah mudah-mudahan..
Man, 37 tu dah asar.. dekat-dekat senja.. jom.
Betul tu dah nak asar ah ni pun..
Peristiwa besar buat umat Islam… dan dari mana nama anak kawe di ambil (Israq)
Israq bermaksud perjalanan tu bro…
Tak faham sangat pasal ni semua tapi my mom selalu suruh amalkan selawat nabi,
Belajar perlahan2
sent via my android phone
rindu dgr ceramah Isra’ & Mikraj :’)
Assalam..saya tak pasti berapa ramai yang tahu kenderaan yang dinaiki Nabi yakni kenderaan BURAQ, kerana tiada pendedahan tentang kenderaan tersebut pada umum, tapi bagi yang mempercayai tentang sains pasti akan kenderaan BURAQ tersebut.
Saya timbulkan untuk berfikir dan kongsikan fakta tersebut dan biarkan seseorang yang faham erti kata sains memecahkan kebuntuan.
BURAQ : kenderaan bercahaya/ kecepatan melepasi cahaya/ melintasi masa hingga ke langit ketujuh./ batu tergantung di Masjidil Aqsa / jibrail sebagaipemandu menemui Allah / melintasi setiap lapisan, atmosfera/ fera 1/ fera2/ fera3 dan hingga fera 7/
Fakta sains mengulas bahwa BURAQ tersebut adalah UFO..anda percaya??? saya amat percaya dengan penjelasan sains..
Kongsikan pendapat anda..
Pls get back to me and i ll email everything about BURAQ.
arjuna_cupid@yahoo.com