Cara ikat jamin dimahkamah
February 21, 2011 137 Comments
Pernahkah saudara mara,sahabat handai,rakan taulan ditahan oleh polis?Jangan panik dan buat andaian sendiri,kerana ini adalah tugas pegawai polis,mereka berhak menahan individu yang mereka mahu.
Seorang rakan penulis telah ditahan pada hari jumaat yang lepas,untuk makluman dia ditahan secara rambang oleh polis kerana pada masa itu pihak polis sedang menjalan operasi penagih dadah dikawasan perhentian bas “Kelang”(Kuala Lumpur).
Semasa beliau turun dari bas,seorang pegawai polis berpakaian preman menahan beliau dan terus memasukan kedalam trak polis.Setelah itu beliau dihantar ke balai polis Dang Wangi untuk diambil ujian air kencing.
Pada sebelah petang beliau dibawa ke Pusat tahanan OKT (orang kena tahan)di Bukit Jalil Kuala Lumpur.
Mungkin ada yang bertanya bolehkah jumpa OKT dilokap polis?jawapan nya boleh,tetapi mestilah meminta surat kebenaran dari balai yang menahan OKT dan berjumpa dengan pegawai yang bertugas untuk mengambil surat kebenaran,untuk makluman surat tersebut hanya laku pada hari tersebut sahaja(1 hari).
Kebiasaan dalam kes sebegini OKT akan dibawa kemahkamah untuk membolehkan pihak polis menahan reman(OKT) selama 14 hari.
Ini adalah prosedur biasa pihak polis,meraka berhak menahan OKT atas perintah mahkamah selama tempoh tersebut,walaupun OKT belum didapati bersalah.
Untuk makluman anda kes sebegini boleh dijamin,bermakna OKT boleh keluar dari tahanan/lokap polis atas perintah mahkamah,tetapi OKT mestilah hadir kemahkamah pada hari yang ditetapkan untuk mendengar keputusan pertuduhan yang dikenakan keatas OKT.
Jika OKT tidak hadir pada hari yang ditetapkan,wang jaminan akan hangus begitu sahaja,dan OKT akan dikenakan waran tangkap.
Bagaimana hendak menjamin seseorang dimahkamah?
IKAT JAMIN MAHKAMAH
(1) Apa Itu Ikat Jamin Mahkamah?
Pelepasan sementara orang yang dituduh dengan mengemukakan cagaran yang mencukupi dan akujanji
penjamin untuk memastikan kehadiran orang yang dituduh pada setiap hari perbicaraan.
Akujanji yang ditandatangani oleh penjamin dipanggil bon jaminan.
Syarat-syarat ikat jamin dan jumlah penjamin adalah atas budi bicara mahkamah.
(2) Jenis-jenis Kesalahan Yang Boleh Atau Tidak Boleh Diikat Jamin.
a) Kesalahan-kesalahan yang boleh diikat jamin.
Seseorang yang dituduh dengan satu kesalahan di bawah kategori ini adalah berhak untuk dilepaskan dengan ikat jamin. Apabila seseorang itu dituduh di mahkamah, mahkamah akan menentukan jumlah ikat jamin. Sesiapapun boleh menjadi penjamin kepada tertuduh. Jika tiada penjamin, tertuduh akan ditahan di penjara sehingga kes selesai dibicarakan.
b) Kesalahan-kesalahan yang tidak boleh diikat jamin.
Kesalahan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup adalah merupakan kesalahan yang tidak boleh diikat jamin. Walaubagaimanapun, ikat jamin masih boleh dipohon dan dibenarkan atas budi bicara mahkamah.
c) Kesalahan-kesalahan yang tidak boleh diikat jamin langsung.
Kesalahan-kesalahan seperti:
a) kes pengedaran dadah di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952;
b) kes-kes penculikan yang membawa kepada hukuman mati di bawah seksyen 3 Akta Penculikan 1961;
c) seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971;
d) kesalahan-kesalahan yang membawa kepada hukuman mati dan penjara seumur hidup di bawah seksyen 57 hingga 62 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 atau kesalahan-kesalahan yang diperakukan oleh Peguam Negara sebagai kesalahan keselamatan di bawah Peraturan 2, Peraturan-peraturan Perlu (Kes-kes Keselamatan) 1875,
Ikat jamin adalah tidak dibenarkan langsung dan tertuduh hendaklah ditahan di penjara sehingga kes selesai dibicarakan.
(3) Apakah Syarat-syarat Untuk Menjadi Seorang Penjamin?
a) Seorang dewasa (berumur 18 tahun ke atas);
b) Seorang warganegara (jika bukan warganegara ia tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh mahkamah);
c) Bagi orang yang dituduh berbangsa asing, penjamin hendaklah seorang warganegara Malaysia;
d) Berkemampuan mengemukakan jumlah ikat jamin yang ditetapkan oleh mahkamah;
e) Faham semua syarat ikat jamin yang ditetapkan oleh mahkamah;
f) Menandatangani bon jaminan; dan
g) Apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh mahkamah.
(4) Apakah Bentuk-bentuk Cagaran Yang Di Terima?
a) Akaun Simpanan Tetap; atau
b) Akaun Simpanan:
i) Tanpa kad ATM, jika ada, kad tersebut hendaklah diserahkan kepada mahkamah.
ii) Akaun tersebut tidak boleh digunakan untuk tujuan lain selain bagi tujuan jaminan sahaja.
iii) Jumlah yang tertera di dalam buku simpanan mestilah menunjukkan jumlah terkini pada tarikh
permohonan ikat jamin dibuat dan jumlahnya hendaklah mencukupi dengan jumlah ikat jamin yang ditawarkan; atau
c) Geran tanah:
i) Satu geran tanah hanya boleh digunakan sebagai cagaran bagi satu kes sahaja.
ii) Geran tanah Lesen Menduduki Sementara (T.O.L.), geran tanah yang ada sekatan, atau yang telah dikaveat
tidak boleh diterima
iii) Untuk Geran Tanah yang dimilki secara bersama, semua yang berhak ke atas tanah tersebut hendaklah memberi persetujuan
untuk tanah tersebut dijadikan cagaran.
iv) Laporan penilaian hendaklah dikemukakan untuk mahkamah menentukan nilai tanah dalam geran tanah itu mencukupi seperti
Jumlah ikat yang ditetapkan.
(5) Bagaimana Cara-cara Menguruskan Ikat Jamin?
a) Ikat jamin akan diproses di pejabat pendaftaran mahkamah yang berkenaan.
b) Penjamin hendaklah mengemukakan seperti yang berikut:
i) Kad pengenalan penjamin; dan
ii) Buku akaun simpanan/akaun simpanan tetap bagi tujuan ikat jamin; atau
iii) Geran tanah bagi tujuan ikat jamin.
c) Penjamin dan orang yang dituduh akan diterangkan syarat-syarat ikat jamin oleh Pendaftar/Majistret.
Penjamin dan orang yang dituduh akan melaksanakan bon jaminan tersebut.
d) Penjamin akan diberikan satu surat rujukan dan ia hendaklah disimpan dengan baik untuk apa-apa urusan
yang berkaitan dengan ikat jamin tersebut.
(6) Apakah Tanggungjawab Penjamin?
Tanggungjawab utama seorang penjamin ialah menentukan kehadiran tertuduh di mahkamah pada tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah.
(7) Apakah Risiko Penjamin?
Jika penjamin gagal memenuhi mana-mana syarat jaminan, jaminan boleh dilucuthak oleh mahkamah. Penjamin akan diberi peluang untuk memberi penjelasan mengapa ikat jamin tidak patut dilucuthak oleh mahkamah. Mahkamah mempunyai budi bicara untuk memutuskan samada untuk melucuthak keseluruhan jaminan atau sebahagiannya atau tidak sama sekali.
RUJUKAN : KLIK SINI
Dalam kes rakan penulis ikat jamin dikenakan sebanyak rm3000.00 tetapi setelah rayuan dibuat dihadapan majistret hanya rm 1000.00 selepas rayuan dibuat.Pada keesokan harinya OKT telah dibebaskan dengan ikat jamin dan beliau dikehendaki hadir selepas 14 hari pada hari beliau ditahan.
Wassalam!




salam Man..
pernah jamin keluarga satu kali
kes curi motor (orang lain curi dia pakai)
budak bujang baru duduk KL biasa dah
pakai motor kawan,tak tahu motor tu
motor curi..nak jadi cerita dia kena
tahan road block..merasa duduk dalam
sungai buluh 10 hari sementara nak
di jamin saya…ermmm,alhamdulillah
sekarang antara adik yang paling
boleh di harapkan..mandikan jenazah
pun dia dah pandai..kira dah jadi manusia
lah..he he..
Kalau kena cam ni memang naya..sebab byk benda nak kena settle termasuk dgn majikan…esok kwn saya tu dah boleh keluar..nak keluar hari ni tak sempat.
Sengsara kena duduk lokap, walaupun beberap jam.. lagi naya jika kita tak terbabit langsung
Memang sengsara…terhenti otak sekejap
en.man, tolong bagi komen tentang kes kawan saya, kawan saya dituduh dibawah seksyen 380. sedangkan dia tidak mencuri dalam bangunan@etc. dia cuma tolong mak angkat dia menjual barang curian tersebut. setelah dijual dia baru tahu barang itu barang curian. ok, kawan saya ditahan dilokap selama 5 hari setelah itu dia dilepaskan dengan JAMINAN POLIS. lebih malang lagi mak angkatnya sorokkan barang curian dirumahnya. apa perlu kawan saya lakukan. kesian dia seumur hidup xpernah lakukan jenayah. tq
Biasanya dalam kes sebegini mmg dianggap bersubahat…si anak kena membuktikan dimahkamah yg brg tersebut bukan miliknya.
Si anak kena ada lawyer bagi mewakili dirinya sendiri.Jika si anak tidak dapat buktikan yg brg itu bukan miliknya,dia juga akan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah..
Bila tiba hari si anak akan dituduh dimahkamah,hakim akan bertanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan.Jika minta dibicarakan sianak harus ada lawyer untuk lawan kes tersebut.
Dah dituduh dimahkamah ker belum?
untuk rujukan:
Seksyen 378.KK [kesalahan mencuri.]
Barang siapa, yang bermaksud hendak mengambil dengan curangya apa-apa harta yang boleh dialih daripada milik mana-mana orang dengan tiada kerelaan orang itu, menggerakkan harta itu dengan tujuan hendak mengambilnya, adalah dikata melakukan kesalahan mencuri.
Seksyen 380.KK [mencuri dalam rumah, dsb.]
Barang siapa melakukan kesalahan mencuri dalam mana-mana banggunan, khemah, atau perahuan, iaitu banggunan, khemah atau perahuan yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia, atau untuk simpanan harta benda.
Owh, guna kad ATM pun boleh jamin.. Baru jai tau..
terima kasih bagi info ni abg man…setakat ni, sy takde pengalaman lagi dengan kes2 lokap/penjara…bila ada info mcm ni, takde la kelam-kabut kalau terkena….tapi harap2 dijauhkan la…seram…huhu
berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan2…
wahhh ^^, tp kan, betol kew ikat jamin ni? cm rasuah plak
Memang betul ikat jamin kes sebegitu byk tu dan itulah prosesnya..
salam..sy nk tye..ade kwn sy kne ambush ngn polis atas tuduhan edar dadah akta 39b dkt kondo..11 org yg ditangkap..tp tuan pnye brg ada dua org..yg lain2 tu dtg sbb nk lpak je..tp kntoi urine..boleh ke pengedar ni diikat jamin??
Kalau kes 39B tak boleh jamin. 39B gantung sampai mati!
i nk tanye. kwn i kena thn atas kesalahan pecah rumah. blh ke kami ikat jamin utk dia dan kena bw lawyer ke semasa ke mahkamah?, sbb dia itu anak yatim dan kami minta bantuan dr biro bantuan guaman blh ke? sbb kami kwn yang nk tolong sbb dia ditipu oleh kwn lain utk melakukan kesalahan ini, tolong kami kami cuba seminggu tp semua minta duit RM1000.00 la ada yang kata kena ada RM2000.00 @ RM5000.00. tolong bantu kami.
Hanya hakim akan putuskan sama ada boleh jamin atau tidak…memang kena pasang lawyer..biro bantuan guaman pun ok tapi biasanya dorang tak power sgt bila dihadapan hakim..
Man,adik aku ada kes yang dia dan kengkawan dia..then dia kena p balai sebab pihak berkuasa hendak pastikan dia x mengulangi kesalahan yang sama..tapi pada bulan seterusnya meka kena p mahkamah dan dibicarakan..yang aku pelik,kenapa meka diberi masa sampai pukul 2.00pm untuk melangsaikan pembayaran ikat jamin yang berjumlah RM1500.00?sedangkan adik aku ni masa ditahan masih berusia 17 tahun.
Mungkin mereka terlepas pandang….yang kena bayar sebelum 2pm tu…sebab nak bawak kat hakim…hakim nak tgk account jaminan tu…
Salam Man,
Saya ingin bertanyakan
1.Bagaimana pula dengan wang jaminan ( Cagaran ) tersebut sekiranya OKT didapati bersalah atau tidak di Mahkamah?
2.Sekiranya OKT mengaku salah semasa dalam tahanan 14 hari. Perlukan wang jaminan tadi kemukakan.
Terima kasih
Sue,
1.Sekiranya OKT didapati bersalah,wang akan dikembalikan,dan jika OKT tidak hadir pada hari yang ditetapkan untuk hadir ke mahkamah..wang tersebut hangus dan waran tangkap dikeluarkan.
2.Wang jaminan tu sebenarnya untuk membolehkan OKT dibebaskan dari lokap dan wang jaminan tu sebagai cagaran supaya OKT hadir ke mahkamah pada hari yg ditetapkan.
Saya ada adik perempuan umur 21 tahun ditahan kerana urin positif dadah, dia ditahan satu malam, di bukit jalil, besoknya pegawai polis menalipon saya untuk menjaminnya. Sarjan yg mengambil kes itu memberi jaminan mulut (atau jamin polis) selama 30 hari, saya ingat tahu (bertanya) selepas 30 hari adakah adik saya akan dihadapkan ke makamah? Sekiranyanya dihadapkankan ke makamah dia perlu mengaku dan perlu membayar jaminan rm2000, betul?
Selepas dia mengaku dan jamina sudah dibayar adakah dia akan ditahan dimana-mana balai atau pusat…terima kasih, harap dapat tolong saya
Saudara Malik,
Macam ni,kalau polis dah beri jamin mulut,bermakna,kena tunggu keputusan urinie dari pihak hospital,pihak hospital akan hantar laporan ke mahmakah,selepas hari yang disuruh untuk hadir ke mahkamah,majisterit akan jatuh hukum sama ada akan dihantar kepusat pemulihan atau dalam pemerhatian agensi dadah kebangsaan.
Mereka tak akan dipenjara kerana hisap dadah,tapi kena masuk pusat pemulihan.Kawan saya diatas tu positif ganja dan dia diperintahkan menghantar ujian air kencing sebulan sekali di AADK,dan dia dibebaskan,boleh kerja,balik rumah dsbnya.
Kalau dah diberi jaminan mulut tak payah duit jaminan lagi.
terima kasih, ada pertanyaan lagi sekiranya pihak hospital buat ujian dan didapati “negatif” adakah adik saya tetap akan dihadapkan ke makamah kerana polis telah buat laporan terhadapnya. maaf saya tak pernah menghadapi masalah begini.
Kalau negatif, mahkamah akan tentukan sama ada pusat or dalam pemerhatian,untuk first case biasa nya aadk akan pantau,kena hantar urine kat aadk sebulan sekali.
sent via my android phone
Mmg kena gi mahmakah untuk jatuh hukuman pusat or aadk
sent via my android phone
terima kasih banyak di atas penjelasan sudara, semoga adik perempuan saya boleh bekerja dan tidak diambil tindakan oleh majikan nya….
Sama- sama.
mcm mana kalau polis beri jamin mulut, pihak polis akn pangil ke mahkamah tau ikut surat jaminan (tarikh diberikan).
Jamin mulut dari polis membolehkan okt keluar dari lokap,selepas itu hadir semula dimahkamah untuk jatuh hukum.
tak sure pihak polis akn keluar waran tangkap bagi dua OKT n penjamin?…
Kalau jamin mulut mesti hadir, kalau tidak waran akan dikeluarkan kepada okt,kalau jamin pakai duit jamin hangus dan waran tangkap kepada okt,penjamin tak ada apa apa.
kalau tak hadir, apa lagi boleh buat selain waran tangkap?
mcm mana kalau pihak polis berkata penuduh tidak menghabiskan penuduhan ke atas OKT, penuduhan diteruskan dan dihadap ke mahkamah?
salam,
saya nak tahu. jika 4org telah dikenakan pertuduhan bersama dan telah dibaca depan di majistret. dan salah seorang telah mengaku pada kesalahan tersebut. bagaimana pula dengan 3 yg lain?adakah kes akan digugurkan serta merta pada yang 3 lagi?atau perlu membayar ikat jamin pada yg 3 itu juga?
terima kasih. (ingin tahu dengan kadar segera)
puteri
Tengok pada kes…kalau kes urine boleh jamin,kalau kes edar dadah 39b tak boleh jamin,kalau 1 org dah mengaku,biasanya dilepaskan yang 3 lagi tu..jamin adalah atas hakim,sama ada boleh atau tidak.
abg man,
terima kasih kerana membalas soalan saya. abg man,saya ingin bertanya lagi beberapa soalan.
spt mana yg saya katakan, PERTUDUHAN BERSAMA bagi kes 39 (4orang), dan pada 1st perbicaraan, denda (ikat jamin) telah dikeluarkan, tetapi memandangkan duit ikat jamin tidak mencukupi, pesalah telah di letakkan di bawah pusat tahanan. dan semasa perbicaraan berlangsung, hanya 2 sahaja yg mengaku bersalah dan 2 lagi tidak mengaku bersalah. dan tarikh utk bicara semula kes adalah (andaian bulan) dlm bulan 9. dan menjadi pertanyaan apabila.
pengakuan bg kes 39 telah berubah apabila pihak wartawan mengeluarkan kenyataan di media yg mana salah seorg dari 4 org tersebut telah mengaku bersalah bg kes 39. dan pada tarikh (andaian bulan) dlm bulan 9 spt yg telah ditetapkan, hanya seorg itu sahaja yg akan dibicarakan.(ternyata di dalam surat khabar)
saya ingin bertanya pada abg man, adakah pengakuan salah seorg di atas itu membawa maksud yg 3 lagi bebas dari kes 39? dan adakah kes ini akan dilepaskan begitu sahaja pada yg 3 lagi tanpa perlu ikat jamin atau harus di ikat jamin?
terima kasih (ingin tahu dengan kadar segera)
puteri
dan
Apabila seoarang sudah mengaku dan mahkamah akan menetapkan hukuman(biasanya lama)3 lagi akan dibebaskan,tetapi pernah terjadi pada abg ipar…sebaik sahaja mahkamah membebaskan(setelah kawannya mengaku),tak sampai beberapa minit polis telah menahan semula dan dikenakan ISA langkah-langkah pencegahan khas,bermakna buang daerah.(kes asal 39b dan dah jatuh seksyen sehingga 39)
Kalau mereka tidak berpuashati mereka boleh menahan semula(yang 3 lagi tu) dan akan dituduh dengan pertuduhan baru.
mereka yg tidak berpuashati tu siapa ya abg man? so, mcm mana dgn status abg ipar skg?
Kalau ada pertanyaan lain boleh juga merujuk kepada blog ini.http://loyarberjurus.blogspot.com/2011/06/hujahan-kes-39b-court-of-appeal.html
abg man, ini bermakna 3 lagi akan bebas tanpa perlu membayar ikat jamin ker? dan serta merta ke mereka akan di lepas?atau menunggu lagi perbicaraan semula?
dan saya nak abg man, adakah kes 39 bg yg tidak mengaku bersalah itu (yg dilepaskan) akan di kenakan hukuman penjara?
Puteri,
Ikat jamin ni membolehkan tertuduh balik rumah,bebas kemana saja tetapi kena hadir mahkamah pada hari perbicaraan.(kes masih berjalan)
Bila mahkamah telah jatuh hukum(bebas)bermakna tidak ada hukuman lagi, kes closed.Boleh balik rumah jalani kehidupan seperti biasa.
Tetapi kalau pihak pendakwa(polis)tidak berpuashati mereka boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan semula.
sent via my android phone
abg man, jika salah seorang telah mengaku. is that mean 3 lg akan di gugurkan tanpa perlu menunggu statment yg baru ke?
Biasa mahkamah ambil masa juga untuk nak jatuh hukum bebas ni.Sebab mereka kena teliti pengakuan yg dari sorang lagi tu.mahkamah akan memutuskan hukuman, kena tunggu statement juga tu.
Insyallah akan dibebaskan bila yg mengaku tu sambung bicara seterusnya.berdoalah byk2.dulu masa abg ipar kena 5 kilo ganja pun ambik masa juga nak bebas.bila kawan dia mengaku.polis pun tak ada pertuduhan lagi pada dia(abg ipar )dan mahkamah membebaskan dan melepaskan dia.kes dia tutup.
Selang beberapa minit polis tahan semula.sebab tak puas hati.dia kena buang daerah lepas tu tanpa ada perbicaraan.
sent via my android phone
maksud abg man, walaupun sorg tu telah mengaku, tp utk melepaskan yg 3 lg mengambil masa yg lama ker? dalam tempoh tu boleh diikat jamin ke abg man?
maksud saya, jika sblm bln 9 dan sorg tlh mengaku dan dalam tempoh yg sama kita tdk tahu apa statment sbenar kes tersebut, ikat jamin dibolehkan ker?
keliru
Puteri kena rujuk pada bahagian mahkamah yg mengendalikan kes ni.Kalau diberi jamin maka boleh jamin, tak ada masalah.
Mmg kena tunggu lama sikit lah.cuba dapatkan jamin dulu.
abg man,saya nak tanya lgi.pada hari perbicaraan yg pertama, ikat jamin telah dinyatakan. memandangkan kurangnya kewangan semasa itu dan tidak dpt ikat jamin pesalah dan telah di htr ke pusat tahanan, adakah perbicaraan seterusnya akan di kenakan ikat jamin (double pay) atau sekali sahaja setiap perbicaraan? dan apa makna reman? sbb saya ada berhubung dengan slh seorang dari mrk (4), dia mengatakan reman disambung semula.
adakah reman berkaitan dengan ikat jamin?
Puteri,
Jamin bermaksud,mendeposit sejumlah wang dalam akaun *penjamin*,dan wang jamin(buku bank)itu kena serahkan kepada mahkamah.
Tujuan Jamin.
Membolehkan OKT bebas keluar(balik rumah,kerja dsbnya)TETAPI OKT kena hadir ke mahkamah untuk dibaca kes nya(*mahkamah akan beri tarikh*).Jika OKT tak hadir wang jamin(buku bank) tadi akan hangus dan jadi milik kerajaan
Kalau tak dijamin( atau duit kurang)maka OKT mmg kena tahan dalam tahanan.Wang jamin sekali sahaja tak ada double wang jamin.
Reman bermaksud “dalam tahanan polis” makna nya dia masih dalam tahanan polis (tahan reman).Kalau ada duit baik* jamin,* supaya OKT boleh keluar bebas.Tetapi kes masih berjalan sehingga mahkamah bebaskan dan lepaskan OKT.
terima kasih abg man,
abg man,saya nak tahu. bg kes 39, jika salah seorg tlg mengaku bersalah, adakah kemungkinan 3 yg lain tidak akan dilepaskan dari kes 39 ni? ada tak kes mcm tu?
Tak ada sebab, mahkamah dah tak ada apa2 tuduhan keatas 3 lagi tu.Biasanya dibebaskan.Kalau ada pertuduhan baru dari polis,mmg mereka kan ditahan semula.
Tak ada sebab, mahkamah dah tak ada apa2 tuduhan keatas 3 lagi tu.Biasanya dibebaskan.Kalau ada pertuduhan baru dari polis,mmg mereka kan ditahan semula.
ok abg man,
ok begini sebenarnya abg man, pertuduhan ni ada dua sebenarnya. mean kes 39 dan 15. bg kes 15 ni, akan dibicarakan pada (andaian) bulan 8, dan kes 39 di bicarakan semula pada bulan (andaian) 9.
saya nak tanya abg man, jika kes 15 berlangsung awal dan boleh ikat jamin (bebas), mcm mana pula dgn kes 39 yg blm berlangsung perbicaraan? adakah ikat jamin perlu sementara menanti ke bln 9 atau jika salah seorg telah mengaku sblm ke bulan 9, maka 3 lg tu tidak perlu ikat jamin (bebas, sbb salah seorg tlh mengaku) mcm mn tu abg man? adakah perlu melihat statment baru utk kes 39?mean baru kita tahu secara rasmi yg 3 lg telah digugurkan dari kes 39 ini.
ingin tahu dgn kadar segera
Oh baru saya faham ada dua pertuduhan disini yer kes 1 dan kes 2 pada orang yang sama betul tak?
15(1)a adalah kes ujian air kencing urine dan 39 adalah kes edar dadah dah pecah seksyen.
Dalam kes pertama boleh jamin,kes kedua 39 boleh jamin juga.
Kalau macam tu dua2 kena jamin untuk bolehkan keluar.Kalau kes 2 tak boleh jamin dan kes 1 boleh jamin maka jawapanya tetap tidak boleh jamin.Tunggu kes 1 selesai dulu,terpaksa dalam reman lagi lah.Biasanya hakim akan utamakan kes yg berat dulu 39.
Kena tgk pertuduhan(statement) dulu baru boleh bebas.Saya rasa tak payah jamin dulu,jika tiada hal yg penting seperti kerja dan dll,apa-apa pun tunggu perintah mahkamah seterusnya…sebenarnya atas budi bicara hakim.
dan saya nak tahu abg man, yg tlg mengaku kes 39 tu sblm dibicarakan telah mengaku bersalah, tetapi menarik semula kenyataan beliau di sbbkan bapa dia (spt mengarahkan beliau tarik blk pengakuan dia). dan selepas dibicarakan hari tu, sehari selepas dibicarakan, kami mendapat tahu yg salah seorg telah mengaku bersalah pada kes 39 tu melalui media. adakah pengakuan pertama yg dibuat di terima atau pihak polis boleh sewenang2nya menukar pengakuan tersebut?
mcm mana kalau pihak polis berkata penuduh tidak menghabiskan penuduhan ke atas OKT, penuduhan diteruskan dan dihadap ke mahkamah? (ingin tahu dengan kadar segera)
Vincent,
Kalau penuduh tidak menghabiskan tuduhan,bermakna tidak ada kes untuk dibicarakan.Mahkamah mungkin tidak boleh membicarakan kes tersebut.OKT mungkin dibebaskan dan dilepaskan.Tetapi jika penuduh ada bukti baru,OKT boleh ditahan semula dan pertuduhan baru akan dipanjangkan ke Mahkamah.
Tapi ingat jika mereka tidak berpuashati,mereka akan kenakan buang daerah dibawah langkah2 pencegahan khas ISA tanpa dibicarakan.
abg man,
terima kasih byk-byk… (Tapi ingat jika mereka tidak berpuashati,mereka akan kenakan buang daerah dibawah langkah2 pencegahan khas ISA tanpa dibicarakan), bagi kes seks bawah umur juga boleh dibawa kepada pencegahan khas ISA?
Kalau bawah umur tak kena ISA,mungkin kena hantar sekolah pemulihan akhlak hendry gurney.
Hi, nak tanya sikit, kalau di tangkap kes dadah positif urine dan ini kes berulang-dah 2 kali, apa hukuman dari mahkamah..sekarang tahanan masih dalam reman tapi belum di jamin lagi.
Biasanya kalau 2 kali,mahkamah akan hantar pusat serenti untuk pemulihan,itu pun diatas nasihat AADK.
biasa nya akan dihantar ke pusat atas rekemen dari aadk.
bang..sy dalam keadaan buntu.adik sy dtahan bersama kwn2.trmasuk adik sy jumlahnye 3 org.tiga2 ni positif urine.ditahan jugak brsama dgn dorg ada heroin dgn syabu.tiga2 x mengaku brg milik spe.ikut maklumat yg sy dpt brg tu bratnye ckt je so akn pecah myb jd 12(2) kot.dorg ni 1st rekod kna.ditahan dlm bilik hotel btiga.siap ada peralatan skali.blh tlg terangkn kpd sy hukuman yg akan dikenakan dan apa yg sy boleh bantu agar adik sy tidak ke pusat atau penjara.
Salam,
Sebelum tu dia dah dihadap ke mahkamah belum untuk dibaca pertuduhan?kalau dah, dia pasti nya akan dituduh 2 kesalahan.memasukan dadah dalam tubuh dan memiliki dadah.
Bukan mudah untuk melepaskan,sebab bergantung pada ujian air kencing pihak hospital,bukan ujian rambang(uji celup).
dia belum dibacakn ptuduhan.pagi td bru bwk ke mahkamah urusan reman polis..ikut apa yg sy jmpa dia ptg td.dia xkn ngaku brg tu dia pnye.membr dia sy xpasti akan ngaku..selasa dpn akn dbacakn ptuduhan.apa yg sy kna dan boleh lakukn.apa jangkaan hukumannye dan mcm mna bolehkh dijamin.brapa agaknye.
mengikut apa yg dimaklumkan kpd sy oleh polis.dia dituduh urine bwh 12(2) pastu memiliki bwh 39(A)(1).
2 charged pulak tu,yg kes urine ada yg kena bayar denda,ada yg hantar pusat,kes kedua tu,agak rumit sebab tiada yg mengaku,kalau nak menang kena amik lawyer jugak tu.nanti bila hakim baca pertuduhan kalau tak mengaku akan minta dibicarakan lepas tu akan diberi satu tarikh untuk perbicaraan,masa tu pakai lawyer lah.
Kes 39(A)(1) HUKUMAN :Tidak kurang dua tahun penjara tetapi tidak lebih 5 tahun dan diwajibkan sebatan rotan antara 3 hingga 9 kali
-sama-
Boleh refer sini : http://www.pemadam.org.my/cda/m_fakta/fkt_akta_1.php
man, tahanan reman dlm masa tdk melebihi 14 hari so…..maknanya penjamin boleh menjamin OKT pada bila2 masa dlm 14 hari tu ke?
yup.
satu lg man…..macamana prosedur nk buat jaminan?
pergi jumpa pendaftar mahkamah,bagi tahu nak buat jaminan dan nama okt,pergi bank buat baru,masukkan sejumlah wang( tanya pendaftar mahkamah jumlah wang)keesokan hari okt akan dibawa ke mahkamah dan akan dibebaskan ayas jaminan.
bukan pegi jumpa pegawai polis yg in-charge kes OKT tu ke man???…then dia akan uruskn…..klu nk jumpa pendaftar mahkamah…almaklum je laaa…saya mahkamah pon tk penah masuk……
boleh juga,tapi lepas tu polis suruh pergi mahkamah gak.
kalau okt tu penah dilepaskan atas jaminan polis tp tak gi naik court..kena waran tangkap ke? pastu setahun kemudian ditangkap lg skali…ada peluang ke untuk dijamin?mintak tolong bagi pendapat…tq
di tangkap atas sebab apa? kes yg sama?
ye atas kes sama..kes dadah..maybe urine…
salam.saya nak tnya.suami saya ditahan oleh polis jmaat 30 dis 2011.kna than kt sbuah rumah.ada 6 org dlm rumah tu temasuk suami sy.dlm rumah tu ade branf tp sy tk tau brape brat.smua tk ngaku.urine suami sy psitif.slase ni kna g court.dlm kes ni agk2 blh jmin tak?klu kes urine je mmg cnfirm ke blh jmin?
boleh jamin kalau urine,kalau ada brg tgk berepa byk.
sent via my android phone
macam mana plak dengak kaki tangan kerajaan?
Sama jer caranya dengan orang bukan kerajaan.
abg man..kalau OKT tidak bersalah adakah wang jaminan akan dipulangkan kembali?
akan dipulangkan…degan syarat okt kena hadir masa hari sebut kes.
salam.abg man…sy ade sedikit kemuskilan tentang ikat jamin. kalau didapati OKT tidak bersalah, adakah wang ikat jamin akn dikembalikan?sebaliknya…jika OKT didapati bersalah, adakah denda yang dikenakan keatas OKT, hanya menggunakan wang ikat jamin tersebut jika denda adalah sama nilai dengan wang ikat jamin?
#ingin jawapan segera..tq
denda lain,jamin lain,kalau bersalah pun duit jamin mesti dapat kalau okt tak lari.kena sedia duit lain untuk bayar denda.
adakah wang ikat jamin akan diserahkan pd hri perbicaraan selesai?perlu penjamin ada bersama pada hr tersebut?
Boleh ambil bila2 masa selepas perbicaraan dijalankan.Yup perlu ada untuk tahu sama ada okt hadir atau tidak.Yang penting okt hadir!
salam abg man.. nk ty kwn sy kena tahan sbb miliki dadah jenis heroin 6.3gm.. mahkamah suh tgu lepas ujian kimia.. adakah dia maseh boleh d jamin kalu dia mgaku bslah?
Yup boleh sementara tunggu keputusan.Pergi balai jumpa pegawai yg incharge,cakap nak jamin,lepas tu dia akan bagi satu surat,pas tu gi mahkamah jumpa pendaftar untuk wat jamin.Ada hak untuk jamin!
polis tu kata x bleh jamin.. kena tunggu kimia jugak.. ari tu yang arif kata kes sebut semula pada 14hb ni.. x taw proses kimia dah siap blum.. selalunya kena hukum mcm na erk..
Sepatunya boleh jamin,barang ada tak?Polis pemalas nak uruskan jamin.mmg boleh jamin.
ada.. tp diorang x jumpa kt badan.. tp polis suh ngaku sbb x nk panjang kes.. tu yang kena tunggu kimia tu… skang ni saya cuma risau apa keputusan mahkamah lepas kimia nt.. saya risau sgt2…. diorang kata lpas kimia berat barang jd kurang.. x tahu la berapa.. yang diaorang dapat ari tu 6.3gram je..
Salam en man…suami sy baru ditahan dlm 2 hari lepas.bermula di kedai makan narkotik ambush n urine suami positif.padahal suami x ambik dadah @ yg sewaktu dengannya..cuma ad ambil pil pontalon dan panadine malam sebelum kejadian utk tahan sakit gigi.sy nk tanye macam mane situasi suami sy skrg dan apa yg patut sy buat .dan bole x tolong terangkan prosedur dr mula suami sy ditangkap dan sekarang masih dlm tahan reman sehingga hr jumaat ini(10 hb feb 2012)
Lepas dia ditahan,esoknya dia akan dibawa ke mahkamah untuk dapatkan perintah hakim bagi membolehkan ditahan dia selama 14hari.Urine akan diambil sekali lagi(oleh pihak hospital).Lepas tu kena tunggu result dari hospital.Dalam pada nak tunggu 14 hari dia boleh dijamin,bermakna boleh balik rumah seperti biasa.
Pergi jumpa pegawai yg tahan dia tu,bagi tau nak jamin suami,dan tunggu dia bagi surat dan boleh bawa ke pendaftar mahkamah.tanya sekali wang jaminan berapa kena.ingat jgn beri cash,kalau di kl ada disediakan bank untuk buat jaminan.Kalau ditempat lain saya tak pasti.
Duit jamin tu kena buat akaun bank atas nama penjamin.Lepas suami boleh dijamin esok harinya.Tanya dulu pendaftar mahkamah bila suami dia akan dtg mahkamah untuk membolehkan dia dijamin.
Selepas 14 hari(dorang akan beri tarikh)datang semula mahkamah untuk ambil keputusan dari hakim sama ada positif or negatif.Kalau tak datang duit jamin hangus.
Harap en man baca dan balas secepat mungkin atau sesiapa yg pernah mengalami situasi ini,dapat beri penjelasan
T kasih byk2 en man.lg satu soalan,maknenye sy bole jamin suami sy walaupun suami sy ckp masa d mahkamah semalam ujian sekali lg urine adalah negatif.jadi ape yg patut sy buat sekarang en man?adakah sy perlu call sarjan yg in charge atau pergi ke mahkamah atau pergi ke balai tempat dia ditahan.kerana sy tidak dimaklumkan langsung di balai mana dia ditahan…yg sy tau semalam suami dibawa ko lokap s alam
Kalau negatif alhamdulilah…dia dapat perintah reman tak selama 14hari.Kalau dia dapat perintah reman bermakna dia kena duduk lokap selama 14 hari.Kalau nak dia keluar kena jamin.Kalau Shah Alam biasanya sec 10 IPK.
Pergi balai jumpa sarjan inchage(bahagian narkotik).Beri tahu nak jamin suami.Kalau sarjan kata dia akan bebas dalam 2/3 hari tak yah jamin lah.Kalau 14 hari elok jamin.Sian kat dia makan nasi lokap.
T kasih banyak2 en man.moga allah saja yg dapat membalas segala kebaikan en man.bila dah kena macam ni rasa takut nk suh suami gi mkn kt warung2 tepi jln n ambik ape2 ubat tanpa nasihat doktor.maklum x pernah kena.family pun terkejut sesangat lagi2 anak2.masyaAllah.t kasih atas penjelasan yg diberi
Sama-sama… yang penting jgn panik.Ada jalan penyelesaian nya.Kalau dia dah keluar nanti just kongsi kat sini proses nya macam mana.Mungkin yg lain ada masalah yang sama jadi boleh dijadikan panduan pada yg lain
InsyaAllah ,akan sy kongsikan apa yg sy lalui.
assalamualaikum arini husband sye kena tangkap sbb beli barang curi.esk mahkamah akn keluarkan perintah reman slalunya reman brp ari.dan buat pengetahuan abg man suami saye mmg xtahu lgsung brg tu brg curi sbb org yang jual dkt die ckp barang tu ditinggalkan oleh syarikat.bolehkah berjumpa suami saya di mahkamah?saya betul2 risau.
Biasa 14 hari..boleh jamin kalau kes macam ni.Jumpa pendaftar mahkamah dan sarjan yg tahan dia tu bahagian jenayah.
abg man.. saya x brapa nk paham.. kalu lpas kimia diorang kata maybe boleh jamin.. pastu nt mahkamah sebut hari2 apa plak utk kenakan denda.. denda tu kurang dari jumlah jamin.. kalu kita x mampu byr denda.. depa boleh x guna duit jamin tu utk byr denda.. ka asing2…
sekarang ni kena charge atas apa kesalahan.kalau memiliki dadah tgk budi bicara hakim.yup asing tak sama.kena stanby duit lain.
dia kena charge memiliki.. oo.. kalu kita nk suh guna duit jamin tu bayar denda x boleh ker?
Tak boleh,sebab jamin dikira bab lain,denda bab lain.
ok.. tq abg man.. abg man agak2 kena jamin dalam berapa erk.. kalu dituduh ada brg dlm 6.3gm sebelum kimia?
abg man.. kalu kita nk minx selesai jamin n denda dalam hari yang sama bleh x… sebab tmpat keja kt selatan.. n kwn kena kt utara.. pastu x dk tempat tinggal kt utara.. boleh x kita minx bg selesai pada hari boleh jamin tu?
Belum jatuh hukum tak boleh bayar denda,boleh jamin jer..
abg man.. saya risau.. nt 29mac ni kwn saya naik court.. masa tu mesti proses kimia dh siap.. maybe dadah jenis serbuk tu dari 6.3gram dah turun jadi dlm 3-4gram… agak2.. apa hukuman akan dijatuhkan?
Cuba baca komen yg lepas2,saya ada bagi jenis hukuman.
salam abg man…sy nk mntk tolong abg man explain sikit tntg firma facie…..
Firma Facie panjang kalau nak huraikan boleh rujuk sini.
http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%203/Akta%20135.pdf
salam, abang man,
saya kurang jelas
“adakah wang ikat jamin akan diserahkan pd hri perbicaraan selesai?perlu penjamin ada bersama pada hr tersebut” -saya ialah penjaminkepada abg saya , sepatutnya tarikh sebutan kes adalah pada 9 mac 12, saya ppenjamin dan OKT dua-2hadir, tetapi peguam yg dilantik tidak hadir, majistret tunda tarikh 23 mac 12, bermaksud wang jamin xhangus lagi kan? sebutan kes hanya “verbal” shj suruh dtg balik 23 mac 2012. masalah disini saya akan ke luar negara 22 mac 12 selama sebulan , jika OKT hadir dan sy penjamin xhadir , wang jamin boleh sy keluarkan lepas sebulan kan janji OKT hadir pada tarikh tundaan 23 mac 12? penjamin wajib hadir x? perlu document ke klu penjamin xdpt hadir?
sy perlu jwpn segera. Salam
Tak hangus selagi okt hadir ke mahkamah,bila dah jatuh hukum,kes selesai duit jamin boleh ambik balik…dont worry! *penjamin kena dtg sekali
maaf , penjamin xhadir tapi okt hadir xhangus kan? panjamin adahal xdapat hadir, tq. salam
tak per no problem
Terima kasih banyak for answering all the question
semoga berjaya dlm bidang ini. Allah bless you! Salam
terima kasih…waalaikummussalam..
bagaimana plak kalau org yang di dalam jaminan mulut polis selepas itu didakwa dan telah diajatuhkan hukuman denda cthnye adakah pihak polis kena batalkan jamin polis org tersebut selepas kes di mhakamh selesai ada dalam undang2 tak atau dlm mana2 akta yg menyatkan kena batal jamina polis selepas org itu didakwa
Jamin polis sama macam jamin duit,beza jamin polis tak kena pakai duit.Kalau okt dijamin sekali pun,kalau dia bersalah tetap bersalah.Jamin adalah membolehkan okt bebas sementara menunggu hari perbicaraan.
Salam..nak tanya adik sy kena than kes 380.dah msuk 3 hari pastu td smbung reman lg 3hari.lpas 3hari nti bleh ke nak jmin dia?sbb kes dia libatkan ratusan ribu ringgit.td dah byar org 15ribu konon ckp bleh lpas td tp xleh pon.sok plak dia ckp.bila ditanya 15ribu ni tuk kuarkan dia dari lokap je pastu ttp naik mahkamah jgk.mcm kena tipu je….klu nanti adik sy naik mahkamah ape hukumannye?bape thun penjara?atau denda n kena ps ke?time kasih…
Salam….saya nk tahu adakah still perlukan jaminan walaupun kes telah di tarik balik….?suami saya di tahan atas tuduhan meragut…dia skrg di tahan di sg buloh..pemangsa telah menarik balik report semasa di balai lagi.tapi suami saya tetap di bawa ke mahkamah untuk di bicara…adkah suami saya akan di lepaskan secepat mungkin atau bagaimana?kes ini akan di bicarakan pada isnin ni 23/04/2012..
Salam Abg Man,
Baru-baru ni adik saya kena tangkap di sebuah pasaraya atas kesalah mencuri. Jumlah curian adalah RM221. Kemudian dia dilepaskan atas jaminan polis. Sekarang dia di minta hadir ke mahkahmah untuk di biacarakan dan di jatuhkan hukuman.
1) Adakah penjamin akan membayar wang jaminan pada tarikh hukuman dijatuhkan?
2) Selalunya mahkamah menjatuhkan hukuman tidak menentu misalnya OKT hanya dikenakan denda mengikut jumlah curian. Adakah betol? Jika betol berapa denda yang dikenakan setimpal dengan jumlah curian sebanyak RM221 itu? Ada juga yang mengatakan OKT akan di denda bersama dengan penjara. Jika mahkamah mahu OKT dipenjarakan adakah OKT layak meminta agar gugurkan penjara dan OKT hanya mahu didenda?
3) Apakah saranan Abg Man untuk OKT menghadapi hari di biacaran misalnya jenis2 rayuan yang boleh OKT lakukan selepas hukuman di jatuhkan
Untuk pengetahuan Abg Man, OKT adalah seorang yang mempunyai pekerjaan yang bagus dan ini adalah kali pertama beliau melakukan kesalahan. OKT amat berharap untuk tidak di penjarakan walau sehari asalkan pihak mahkamah dapat mempertimbangkan rayuan untuk di bayar denda sahaja walau apa jua jumlah sekalipun.
Saya mohon Abg Man dapat membantu disebabkan OKT sedang menunggu tarikh untuk di bicarakan dalam tempoh terdekat ini.
Kalau sudah dijamin polis tak payah keluarkan duit untuk jaminan..tunggu hari perbicaraan sahaja.
Kalau adik mengaku pada hari tersebut,maka hukuman akan jalankan,kalau dia tak mengaku,perbiacaraan akan di adakan kemudian,masa adik kena ambik peguambela.
Kalau hukuman dah jatuh,minta rayuan sahaja depan hakim,supaya diringankan hukuman.Apa-apa pun atas budi bicara Hakim.
Tiada jalan pintas tunggu hari perbicaraan sahaja.
askm..abg man sy pun tak phm tentang perkara ni.. so dijadikan citer suami sy di tahan polis kat umah kawan dier..3 org sumenye. jadi dah pun tahan reman 14 hari. suami sy lepas dlm urine cume skrg memilki shj. Tetapi kawan dier yg sorang tu telah mengaku di makamah brg tu brg dier. Jadi 2 org lagi tu lepas, cume kene tunggu keputusan kimia dlm sebulan lebih.Suami sy tetap di bawa ke penjara untuk tahanan sementara tunggu kputusan kimia. sy tak leh jamin sebab tak de duit. cume sy tunggu je keputusan makamah nnti.. jadi nak tanye mcamane kalo sorang dah ngaku, jadi 2 lagi lepas ke pada hari yg keputusan tu nanti.. suami plak kakitangan kerajaan, jadi hampir 2 bulan tak leh keje. tolong la jawab ye abg man…rase2 dier kene tahan bape lame lagi ade ke 2 atau 3 tahun lagi…kalo tak dijamin.
Kalau macam tu kena tunggu,tarikh perbicaraan semula dan tunggu laporan kimia,kalau membe dia dah ngaku tu boleh lepas..tapi tak pasti berapa lama lagi,tgk pada banyk mana kes yg hakim kena selasaikan,kalau ada duit jaminlah..pinjam dulu mana-mana…sian dia dah lama tak kerja..kalau gaji jalan ok.
ok, tima kasih abg man…ni la seumur idup saya n suami kene musibah yg berat camni, 14 Jun 2012 ni baru bicara semula dan keputusan kimia akan kuar.. sy berharap die dpt bebas pada tarikh tu..skrg dier kat penjara Taiping sementara tunggu bicara..rase2 dlm bape ek kene kumpul duit untuk jamin?sy pun tak bape arif dlm hal cam ni.apatah lagi sy dan suami kakitangan kerajaan… jadi mcm2 perkara buruk sy pikir. sal keje dier kene buang ke, pe ke..tapi sy sudah maklum pada majikan dier, dan mereka faham dan kene tunggu keputusan makamah…..
Begini,,jumpa semula pegawai yang incharge kes dia,katakan mahu jamin okt (suami).Nanti fail dia akan dibawa ke mahkamah.Atau jumpa pendaftar mahkamah dan tanya berapa wang dikenakan untuk jamin OKT.bila dah dapat tahu jumlah,bukak buku bank baru (buku bank ni untuk jaminan sahaja).Jangan sesekali bawa wang tunai kerana mahkamah tidak terima.
Bila dah pegawai pendaftar or polis yg incharge kes dia kata tarikh (datang mahkamah untuk jamin)bersama buku bank tadi.
*berkenaan dengan jumlah saya tak pasti,sebab mengikut kes juga.
salam tuan…saya ada permasalahan dan disent ke contac tuan,,,mohon pencerahan sgt
ok dah balas email tu. tq
nak tanya abg man,setelah OKT bebas dgn jaminan polis,lepas hari perbicaraan tapi masih belom jatuh hukum…adakah OKT akan di tahan di lokap atau penjara?
tak…selagi dia hadir dia akan bebas..
nak tanya sikit …. anak saya 3 orang kena reman… kesnya bawak motor curi….sebenarnya. abang sulung ada sebijik motor, tapi disebabkan banyak kerosakan, kebetulan kawan adik tengah ada menjual motor panas.. tanpa fikir apa2 mereka membeli lalu menyalin motor itu.. semasa adik tengah menunggang motor dengan adik bongsu mereka telah ditahan polis.. hasil siasatan ketiga tiga mereka kena.. menurut polis mereka akan mencari penjual motor itu. soalanya, kalau jumpa penjual motor tu macamana dan kalau tak jumpa penjual motor tu pulak macamana…adakah ketiga tiga anak saya itu di dapati bersalah.mereka dibawah umur lagi kecuali abangya 18tahun lebih.dan yang penting apakah langkah langkah persediaan yang perlu saya ambil sekian terima kasih.