Blog aku kena pindah dan akan di tutup!!!!

Salam…

SEDIH,GEMPAR!!!

BLOG AKU TEPAKSA DIPINDAHKAN DAN AKAN DI TUTUP TIDAK LAMA LAGI!!!

MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK DISINI—->SEBAB MENGAPA AKAN DITUTUP!!!

:( :( :( :( :(  :( :( :( :( :(  :( :( :( :( :(  :( :( :( :( :(  :( :( :( :( :(  :( :( :( :( :(

 

Wordless Wednesdas#3 – lambang pembangunan?

image

Wordless Wednesday #2 – Recyled!

image

Page Rank update

Salam,

Sungguh tak sangka blog mankuchai.com diberi PR 1 dalam google page rank.Walaupun blog ini berusia setahun jagung.

Sebenarnya aku tak kisah sangat pasal PR ni tetapi dengan adanya PR 1 membuat aku lebih bersemangat untuk meneruskan dalam bidang penulisan blog.Mungkin hadiah dari ulang tahun kelahiran blog ini. Thanks Google !

Untuk check PR blog masing-masing sila klik disini GOOGLE PAGE RANK CHECKER .

Israk dan Mikraj : apa yang best?

Salam untuk pembaca sekalian!

Tanggal 27rejab adalah hari terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj,sudah pastinya ditunggu tunggu oleh ramai orang terutamanya yang benar-benar faham tentang apa itu Israk dan Mikraj.

Secara ringkasnya Israk bermaksud perjalanan dan Miraj bermaksud perjalanan ke Sidratul Muntaha.

Semua sudah maklum akan peristiwa ini,kerana perkara yang sama akan diceritakan oleh para ustaz di masjid.Bayangkan usia aku kini 37 tahun,setiap tahun sudah hafal jalan ceritanya.

Agak sombong kenyataan aku kali ini…tetapi jangan salah faham,tujuan aku sebenarnya bukan untuk memperlekehkan peristiwa tersebut.,tetapi aku nak bercerita APA YANG BEST tentang peristiwa ini apabila kita mendengar nya saban tahun.

Semasa aku dikampung dulu,setiap tahun akan ada ustaz jemputan yang akan berceramah di masjid.Sudah tentunya  cara cerita mereka berbeza tetapi jalan ceritanya tetap sama.

Aku masih ingat ada seorang ustaz ni..punyalah syok dia bercerita sampaikan jam dah 12 malam dia masih lagi diperingkat dimana Rasullullah (S.A.W) sedang dalam perjalanan ke Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa(israk)pada masa itu Rasullullah melihat sekumpulan manusia yang dipotong lidah,menghempas batu dikepala sendiri dan bermacam-macam lagi,cara beliau gambarkan memang timbul rasa gerun dihati, ustaz ni dia memang pandai bermain dengan emosi.

Setiap perjalanan Rasullullah tu dia akan kaitkan dengan kehidupan kita seharian,banyak jemaah terkena dan terkesan dihati,ada yang tertunduk malu,ada yang tersengih- sengih malu sebab terkena batang hidung sendiri.

Peristiwa Israk dan Mikraj ni jika kita hayati betul-betul memang memberikan kesan yang mendalam keatas diri seseorang.Bayangkan betapa beruntung nya kita pada hari ini,tak payah bersolat setiap waktu kerana Rasullullah dengan tebal muka mengadap Allah meminta dikurangkan jumlah beribadat,kerana beliau tahu umat nya nanti tidak mampu beribadat sepanjang masa

Tetapi kita pada hari ini dengan tidak rasa bersalah sedikit pun, meninggalkan solat begitu sahaja..subhanallah! renungkanlah..

Setiap tahun aku memang menantikan ceramah Israk dan Mikraj dari ustaz,cuma tahun ini aku tidak dapat hadir kerana ada beberapa perkara yang aku terpaksa lakukan.,(urusan dunia yang tak habis-habis..)

Tetapi aku percaya walaupun saban tahun cerita yang sama.,tetapi setiap jalan cerita tetap ada pengajaran yang terkesan dihati..itulah yang bestnya pengajaran dari peristiwa Israk dan Mikraj.

Selawat keatas nabi!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.